Laporan Program Sukarelawan Kesihatan Dalam Komuniti Bersama Kospen Dan Klik Dengan Bijak
14 Mei 2015 | Aktiviti TerkiniPada 13 Mei 2015, satu program Sukarelawan Kesihatan Dalam Komuniti Bersama KOSPEN (DUN BINTONG) Dan Klik Dengan Bijak telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Pokok Jawi. Seramai 11 orang peserta terlibat dalam program ini. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pengetahuan mengenai Pusat Internet 1 Malaysia dan cara-cara melayari internet secra selamat. Selain itu iajuga diadakan bagi tujuan melatih komuniti untuk menjadi sukarelawan dalam mengisi data kesihatan secara online melalui aplikasi Moves KOSPEN. Di akhir program ini, peserta memperoleh maklumat dalam berkomunikasi menggunakan jalur lebar dan mendapat lebih banyak maklumat secara atas talian. Selain itu, aktiviti ini juga dapa tmeningkatkan lagi taraf penggunaan ICT dalam kalangan komuniti setempat. Ia juga dapat memberi pengetahuan kepada komuniti mengenai kepentingan kesihatan serta dapat melatih komuniti menjadi sukarelawan KOSPEN.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: